High Value Corporate Training

Kursus Menjadi Pemimpin Yang Berkarisma, Empati Dan Berpengaruh

Dalam kursus ini, anda akan belajar cara-cara berkesan untuk menjadi pemimpin yang berkarisma, empati dan berpengaruh supaya 

Dipercayai Oleh:

Maklumat Kursus

Kepimpinan yang mantap merupakan asas kepada kejayaan organisasi. Pemimpin yang efektif bukan sahaja mampu mengarahkan pasukan dengan cekap, tetapi juga mempengaruhi, memotivasi, dan menyelesaikan konflik secara bijak.

Walaupun ramai pemimpin yang telah lama berkhidmat dalam organisasi, cabaran kepimpinan tidak boleh diabaikan, terutamanya apabila mereka dinaikkan pangkat tanpa pengalaman yang mencukupi dalam pengurusan pasukan dan konflik.

Oleh itu, program latihan ini direka untuk menangani isu-isu kepimpinan yang dihadapi oleh organisasi tuan, dengan fokus kepada aplikasi praktikal teori kepimpinan.

Selesai kursus ini:

  • Memahami prinsip asas kepimpinan dan cara mengaplikasikannya dalam situasi kerja harian.
  • Mempelajari cara mendengar secara efektif dan membuka ruang untuk idea orang bawahan tanpa menutup pendapat.
  • Menguasai teknik pengurusan konflik yang berkesan dengan mengenal pasti bila dan bagaimana untuk bertindak.
  • Mengembangkan kemahiran komunikasi yang baik melalui bahasa verbal dan bukan verbal, termasuk bahasa tubuh yang sesuai.
  • Membina karisma dan pengaruh positif untuk memotivasi pasukan dan meningkatkan produktiviti.
  • Mengamalkan teknik memuji dan menegur dengan bijaksana untuk memperbaiki prestasi pekerja.

Tarikh: 21 Jun 2025

Masa: 9 pagi – 5 petang

Lokasi: Janda Baik

Kami akan menggunakan kaedah:

  • Kuliah dan pembentangan
  • Perbincangan kumpulan
  • Latihan praktikal
  • Simulasi

Setiap sesi boleh memuatkan sehingga 25 orang peserta sahaja.

Kursus ini sesuai untuk:

  • Ketua-ketua pasukan dalam syarikat
  • Pengurus sumber manusia (HR)
  • Team leader yang baru dilantik
  • Pengurus pasukan kerja dalam organisasi atau syarikat

Modul 1: Teknik Memuji dan Mengiktiraf

Kata-kata pujian dan pengiktirafan mampu menaikkan semangat kerja dan produktiviti individu yang dipuji, namun apabila pujian itu diucapkan dengan teknik yang salah, ia mencipta banyak kesan negatif yang counter-productive. 

Modul 2: Teknik Menegur dan Membetulkan Kesilapan

Fitrah manusia tidak suka ditegur. Bagi mereka teguran dan nasihat adalah hukuman. Namun salah satu tugas hakiki ketua adalah membetulkan kesilapan dan kesalahan orang-orang bawahan. 

Modul ini menerangkan teknik menegur yang efektif, pada waktu yang sama tidak merosakkan hubungan kerja antara pengurus dan orang bawahannya. 

Modul 3: Pengurusan Konflik dan Penyelesaian Masalah

Teknik mengenal pasti konflik yang perlu diselesaikan.

Bagaimana untuk meredakan ketegangan di kalangan pekerja dengan bijak.

Modul 4: Teknik Menurunkan Kuasa Kepada Orang Bawahan

Banyak ketua takut hendak menurunkan kuasa. Mereka hanya menurunkan tugas sahaja. 

Tugas dan kuasa mesti diturunkan bersama-sama, baru delegation itu berkesan dan mencapai tujuannya.

Modul 5: Teknik Cara Berfikir Sebagai Ketua

Banyak ketua tidak dapat membezakan dengan jelas dan tepat apa pekerjaannya yang dia mesti buat sebagai ketua, dan apa pula pekerjaan yang mesti dibuat oleh orang bawahannya. 

Kesannya, ketua tidak tahu problem apa yang dia sendiri mesti selesaikan problem itu, dan problem apa yang mesti diselesaikan oleh anak-anak buahnya.

Modul 6: Mendorong Idea dan Mengurus Perubahan

Cara membuka ruang untuk idea dan cadangan dari orang bawahan.

Teknik untuk menyampaikan idea dan keputusan tanpa menyinggung perasaan.

Modul 7 : Seni Balairong Seri Penjawat Awam

Khusus untuk individu yang sentiasa berhadapan dengan klien atau pelanggan, supaya mampu menjaga kualiti servis kepada klien dan pelanggan.

1. Adab-adab halus apabila bercakap dengan individu yang datang dari latar belakang bangsa, suku kaum, agama dan budaya lain.
2. Sistem panggilan dan sistem sapaan apabila berinteraksi dengan individu lebih tua usianya dan dari latar belakang budaya berlainan.
3. Adab penampilan apabila pergi ke pejabat orang atasan.
4. Ukuran jarak berdiri di depan dan di sisi individu terhormat dan mulia.

Yuran kursus ini RM550.

Termasuk makan tengah hari.

Daftar Sekarang

Isi borang di bawah untuk mengesahkan pendaftaran anda.

Contact

Hubungi Kami

Klik Di Bawah Untuk Contact Kami